Sabtu, 19 Disember 2015

7 PANTANG-LARANG DALAM MENABUNG EMAS


Jangan malas. Bila dah tahu kepentingan emas, jangan malas untuk cari lagi ilmu emas.

Jangan pajak/gadai sebarangan. Hanya pajak/gadaikan emas anda bila anda terdesak. Pajak/gadai bukan perniagaan.

Jangan gadai emas simpanan anda. Kita selalu dengar 'buy low, sell high'. Tapi bila kita dah gadai emas kita pada harga tertinggi, adakah kita akan dapat beli emas pada harga kita beli dulu?

Jangan simpan wang kertas. Tukarkan sedikit kepada emas selepas wang perbelanjaan diasingkan. Emas kalis inflasi dan tidak susut nilai.

Jangan tunggu harga rendah baru nak beli. Emas semakin mahal saban tahun.

Jangan menafikan dan menolak tentang mata wang Islam iaitu Dinar dan Dirham.

Jangan pentingkan diri sendri. Sebarkan maklumat dan kepentingan emas kepada orang ramai.


-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.


PELABURAN HARTANAH VS SIMPANAN EMAS


Pada awalnya saya tidak nafikan pelaburan hartanah seperti rumah memang memberikan keuntungan yang tinggi. Namun, ada sedikit kelemahan berbanding dengan simpanan emas, antaranya:

LOKASI
Perlu buat kajian terlebih dahulu di mana lokasi rumah itu sama ada strategik untuk dapat keuntungan atau tidak.

PEMANTAUAN
Agak susah untuk buat pemantauan rumah-rumah yang dibeli kerana berbeza jarak di antara setiap satu. Kalau tiada pemantauan, pelaburan hartanah berkemungkinan akan musnah atau terbazir.

MODAL
Dah tentu harga sebuah rumah bukan RM10. Contohnya RM200,000. Banyak tuu. Pada masa yang sama tiada pula orang jual rumah tu separuh-separuh macam jual ruang tamu dulu kemudian dapur ke; tetapi emas tidak.

SUSAH DICAIRKAN
Rumah tidak sama dengan emas. Nak jual rumah bukan boleh terus dapat dijual selagi tiada pembeli memandangkan kosnya yang tinggi. Namun kalau emas, bawa suku dinar ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu pun sudah boleh dipajak atau digadai.

KOS PENYELENGGARAAN

Nak selenggara rumah memerlukan kos yang tinggi dan bukan sedikit. Atap bocor, dinding retak, dll semua memerlukan kos yang besar; tetapi kalau emas, kita simpan sendiri. Tidak perlu nak selenggara apa pun. Paling tidak banyak hanyalah kos upah sekiranya disimpan di bank atau Ar-Rahnu.

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Jumaat, 18 Disember 2015

CASTING VS MINTED GOLD BAR


Tahukah anda?
Terdapat 2 jenis gold bar iaitu casting gold bar dan minted gold bar.

Yang macam biskut tu jenis casting. Di Powergold, gold bar yang dikeluarkan adalah jenis minted sebab itu ia cantik selain ia tidak dikenakan sebarang caj upah.

CASTING GOLD BAR
Bentuk kurang cantik, kurang menarik dan kos pembuatannya sangat rendah.
Proses pembuatannya: keluar relau, masuk dalam acuan, stamp nombor siri dan selesai.

MINTED GOLD BAR
Menjalani proses tambahan iaitu minting untuk mendapatkan bentuk yang cantik.
Pembungkusan di dalam kad plastik di mana semakin kecil gold bar itu, semakin mahal kos pembuatannya.


Sumber: Trustable Gold

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

DINAR VS GOLD BAR


DINAR

Kelebihan dinar: 
1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kahwin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan/pelaburan

Lain-lain tentang dinar:

Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard dinar ialah 4.25 gram tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat yang berbeza. 

Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan yang lebih tinggi.

Ada tempat pajakan atau Ar-Rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

GOLD BAR

Kelebihan gold bar:
1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas, dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain tentang gold bar:

Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua. 

Sebagai contoh:
Katakan harga pasaran ialah RM200/gram,
Maka, harga 10 gram = RM2000 dan 100 gram = RM20000.

Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat.

Contoh : RM1800 untuk 10 gram dan RM16500 untuk 100 gram

Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.

Bayangkan sekeping jongkong 1 kilogram (1000 gram), hendak dipotong kecil menjadi 1 gram, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!

Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1 gram lebih mahal. Namun, harga gold bar saiz kecil seperti gold bar 1 gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Khamis, 17 Disember 2015

MANIPULASI SISTEM KEWANGAN OLEH BANK


Ramai sebenarnya yang tahu kisah sebenar penutupan bank di Greece.

Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini. Biar saya yang beritahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.

Raja kepada sistem pemusnah dunia – FRS.

Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem bagaimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit.

Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan kepada 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods); tetapi duit kita pada hari ini tak kiralah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan kepada apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.

Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan perkhidmatan dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham?

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama menghapuskan sistem ini.

Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar di sekolah dan di university. Bahkan orang-orang besar bank pun kebanyakannya tidak tahu sistem ini.

Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Anda bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya.

Ikut turutan nombor yang disediakan;

1. Yusri ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Yusri telah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Yusri di dalam simpanan bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan.

2. Belle membuat pinjaman peribadi daripada bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam simpanan bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan.

3. Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada Azlina dan Azlan. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

4. Jika diperhatikan dengan teliti (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Yusri masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Yusri , duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit daripada RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar.

5. Beginilah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda. Itu kalau saya berhenti sampai Azlan sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat tambahan duit daripada deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan inilah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit di pasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Ya, bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat pinjaman dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini.

Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah.

Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak; kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari bank?

Ingat, semasa zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.


Wang itu ilusi.
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

EMAS VS WANG KERTAS



API
Kertas akan terbakar tapi emas tidak. Emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.

TANAH
Emas kalau tertanam dalam tanah beribu tahun pun takkan rosak tapi kertas? Siapa yang pernah tanam duit kertas dia tolong cerita sikit.


AIR
Kertas akan rosak kalau terendam dalam air tapi emas tidak.
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

TIPS SIMPAN EMAS PADA SETIAP BULAN


Tips simpan emas:
Beli 1 keping 1/4 dinar pada setiap bulan.
Cukup 4 bulan, ada 4 keping 1/4 dinar.

Tukarkan 4 keping 1/4 dinar tadi kepada 1 keping 1 dinar.
Ulang proses sama.
Anda akan dapat kumpul 3 dinar pada setiap tahun.
Mudah kan?
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

Rabu, 16 Disember 2015

REVOLUSI MLM


Mengapa anda harus merebut peluang perniagaan MLM pada abad ke-21 ini?

Terdapat peluang besar dalam MLM dan ribuan orang telah mendapat manfaat melaluinya. Pada masa yang sama, banyak juga yang telah jatuh tersungkur. Buku ini membongkar rahsia golongan yang telah berjaya mencipya kekayaan dalam MLM.

Antara isu yang dibincangkan:
1. Perbezaan antara MLM asli dan MLM palsu
2. 3 perkara yang perlu dikenal pasti untuk memilih perniagaan MLM yang betul
3. 5 jenis pelan pembayaran MLM
4. 8 kelebihan MLM untuk anda
5. Bagaimana mengelakkan kesilapan dalam perniagaan MLM?
6. 4 perkara yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan MLM
7. 9 mitos mengenai MLM
8. Bagaimana menangkis persepsi negatif mengenai MLM?

Revolusi MLM harus dibaca oleh penggiat MLM, mereka yang mencari-cari peluang perniagaan dengan kos yang minimum dan mereka yang mahukan perniagaan yang boleh beroperasi dari rumah. Ianya juga perlu dibaca oleh mereka yang pernah gagal dalam MLM untuk mengenal pasti kesalahan dan kesilapan mereka agar mereka boleh lebih berjaya pada masa hadapan.

-------

Dapatkan buku Revolusi MLM ini sekarang. Klik di sini.

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

JUTAWAN DARI PLANET JUPITER


Usah risau tentang WANG lagi!

Buku tentang pengurusan kewangan yang menarik ini boleh menempatkan anda pada landasan ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah dan lebih baik. Ditulis dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dengan cara-cara yang senang diikuti, ia boleh membimbing anda melalui dunia kewangan yang kompleks ke arah syurga kewangan. Ianya sarat dengan langkah-langkah pantas yang dapat memperbaiki situasi kewangan anda dengan serta-merta dan juga strategi jangka panjang untuk mengekalkan anda di landasan ke arah kebebasan kewangan - supaya anda tidak perlu risau tentang wang lagi.

-------

IQ sahaja tidak boleh menjadikan anda jutawan. EQ mungkin dapat membantu anda memperoleh sejuta ringgit yang pertama. Tetapi hanya FQ (financial quotient) yang dapat melipat gandakan wang sejuta itu. Buku ini berjaya memberikan FQ kepada anda!
Billi Lim,
Pengarang buku terlaris, Dare To Fail/Berani Gagal.

Saya telah membaca buku ini dengan penuh minat dan saya rasa buku seperti ini seharusnya ditulis lama dahulu. Ia menjelaskan dalam bentuk yang mudah mengenai hal-hal kewangan yang mana mempengaruhi kehidupan seharian kita. Saya amat menggalakkan agar ia dibaca.
YB Dato' Abdul Azim bin Dato' Mohd Zabidi,
Pengerusi,
Bank Simpanan Nasional.

Ini adalah sebuah buku yang hebat, penuh dengan idea-idea yang boleh digunakan dan maklumat yang praktikal. Anda perlu membacanya.
Phua Lee Kerk,
Pengarah Urusan,
Pheim Unit Trusts Berhad.

-------

Dapatkan buku Jutawan Dari Planet Jupiter ini sekarang. Klik di sini.

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

7 SEBAB KENAPA EMAS


LAWSUIT PROOF
Secara teknikalnya, tiada siapa yang tahu berapa banyak emas fizikal yang kita ada termasuk kerajaan.

HISTORICALLY, IT IS MONEY
Laku di seluruh dunia. Bawalah emas ke mana-mana sekalipun, emas tetap diterima berbanding wang fiat.

IT CAN'T GO TO ZERO
Tidak mungkin nilai emas menjadi tidak bernilai. Saya tegaskan, tidak mungkin! Tapi wang kertas?

CENTRAL BANK HOARD IT
Bank pusat di banyak negara pun menyimpan emas.

FINANCIAL INSURANCE
Jika ekonomi ranap, emas tetap bernilai. Belajarlah sejarah. Silakan kaji.

GOLD IS PORTABLE
1kg emas vs RM200,000. Mana lagi mudah untuk dibawa?

LEGACY WEALTH
Mudah untuk diwariskan.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Selasa, 15 Disember 2015

KENAPA POWERGOLD?


PRODUK BERNILAI
Produk laris Powergold adalah gold bar 999.9 (1gram) yang susah nak cari. Bukan semua kedai emas ada jual. Kalau adapun, harga sangat mahal.

HARGA
Biasanya program yang ada plan network ni harga produknya mahal berganda ganda, tapi harga produk Powergold terbukti lebih murah dari harga pasaran. Biasanya juga kalau buat program network ni kena cari geng yang suka network saja, tapi di Powergold semua golongan boleh join seperti golongan yang suka menyimpan, berjual beli dan networking.

KILANG SENDIRI
Powergold adalah anak syarikat pada Amethyst Gold Creation yang dah lebih 10 tahun membekalkan emas. Jadi, pengalaman syarikat sudah lama dalam urusniaga emas dan dipercayai. Amethyst Gold Creation juga adalah salah-satu pembekal emas kepada kedai-kedai emas di luar sana.

BONUS
Beli emas kat kedai luar tak dapat bonus. Dapat emas, tapi harga mahal pulak tu. Dengan Powergold, harga murah dan boleh dapat bonus dari belian sendiri, walaupun tak buat networking. Kalau buat networking, boleh dapat bonus dari belian ulangan ahli dari network kita. Bonus ini kecil tetapi semakin naik dari bulan ke bulan, jika rajin usaha tak ada masalah untuk dapat 4-5 angka sebulan dari bonus ini.

TIADA PAKSAAN
Walaupun telah jadi ahli, Powergold tidak memaksa ahli untuk cari ahli lain join Powergold. Tidak paksa ahli untuk mesti beli emas tiap-tiap bulan. Tidak paksa ahli untuk buat trading or networking. Tidak paksa ahli untuk pergi kelas dengar ceramah. No...no. Tidak paksa ahli untuk berniaga. Semua terpulang kepada ahli sama ada ingin join Powergold hanya untuk menyimpan, berjual bei atau networking. Siapa berusaha, dia dapat hasil. Jika duduk diam, tiadalah hasilnya.

-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Jumaat, 11 Disember 2015

9 TIPS PENTING PAJAK EMAS DI AR-RAHNU


Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan ‘passive income’ sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.

Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:

PILIH MASA YANG PALING SESUAI

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila:
1. Harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8%-10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau 
2. Hendak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenal pasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas itu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman Ar-Rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

PAJAK MENGIKUT MODAL DIPERLUKAN SAHAJA

Margin pinjaman Ar-Rahnu biasanya sekitar 65%-70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos upah simpan yang tak sepatutnya.

SATU EMAS, SATU SURAT PAJAK

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!

Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2-3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai Ar-Rahnu perlu isi dan proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

SURVEY UPAH SIMPAN PALING RENDAH

Setiap Ar-Rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu Ar-Rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana Ar-Rahnu terbaik sebab polisi setiap Ar-Rahnu sentiasa berubah-ubah.

ASINGKAN DUIT UNTUK CAJ PAJAKAN

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel ‘Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu’, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu sahaja untuk bayar upah dan perbaharui surat pajak terutamanya bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi Ar-Rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

TEBUS EMAS SECEPAT MUNGKIN

Biasanya Ar-Rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urus niaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah selesai, terus tebus dan caj upah simpan dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos upah simpan yang tak sepatutnya.

 JANGAN PAJAK EMAS BERSEAL

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai ‘used gold’ dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.

Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal - tak sesuai dipajak.

Public Gold dah buat perjanjian dengan Pejabat Pos jadi emas Public Gold yg berseal akan diterima di Ar-Rahnu pejabat pos tanpa dibuka sealnya.

JANGAN BELI EMAS CARA AR-RAHNU 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara Ar-Rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman Ar-Rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.

Tips Facebook: Pelaburan Emas Public Gold

Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan saja dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu pelan penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Mangsa: Serambi Emas

 JAGA NAMA BAIK DALAM REKOD CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun Ar-Rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman Ar-Rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan muncul sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!  Jadi, pinjaman di Ar-Rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggalkan rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat pinjaman baru dengan bank lain, terangkan awal-awal pada pegawai bertugas sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

AMBIL GAMBAR EMAS SEBELUM PAJAK (TIPS BONUS)

Saya syorkan ambil gambar setiap emas tu sebelum masuk Ar-Rahnu. Kalau anda tak mampu tebus balik emas tu, anda masih ada jalan terakhir sebelum emas tu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama anda tak disenaraihitam.

Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok gambar emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau rekaannya kena dengan citarasa, baru mereka sanggup beli. Bila anda ada gambar emas tu, senang untuk anda promosikan untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!

Jadi, itulah 10 tips penting sebelum anda memajak emas di Ar-Rahnu. Rancang betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak saja sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan ‘teknik Ar-Rahnu’ gara-gara nak ‘untung secupak’, tapi akhir sekali terpaksa rugi ‘segantang’!
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Khamis, 10 Disember 2015

MENGENALI AR-RAHNU


Menyimpan emas dalam jangka masa panjang adalah menguntungkan. Namun agak berisiko iaitu hilang kerana terlupa letak mana atau kecurian. Jadi, salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar-Rahnu; dan kalau kena dengan tekniknya, anda akan mendapat pendapatan pasif.

Konsep Ar-Rahnu sebenarnya sama dengan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank. Cuma bezanya, bila kita menggadaikan sesuatu, kita akan lebih berjimat-cermat menggunakan duit pinjaman tersebut.

Ar-Rahnu (kedai pajak gadai islam) asalnya dari perkataan "Rahn" yang bermaksud Gadai.

Dalam sistem Ar-Rahnu, kita cuma boleh meminjam kira-kira 70% daripada nilai semasa emas kita.

Kelebihan Ar-Rahnu.
1. Bebas riba. 

2. Emas yang disimpan selamat
3. Caj perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa menimbang. Kalau kedai emas bukan Islam, kemungkinan ditipu itu tinggi.
5. Tempoh bayar balik yang lama iaitu 6 bulan dan boleh dilanjutkan lagi dengan syarat perlu membayar upah simpan.
6. Kalau emas tersebut tidak ditebus, pihak Ar-Rahnu akan melelong. Notis pemberitahuan lelong akan diberi kepada tuan emas terlebih dahulu.
7. Ar-Rahnu cuma ambil jumlah hutang dan upah simpan daripada hasil lelong tersebut. Jumlah selebihnya akan dipulangkan kepada pemilik emas tersebut.

Ar-Rahnu adalah sistem pinjaman bebas riba.

Antara Ar-Rahnu yang ada di Malaysia:
1. Ar-Rahnu Agrobank

2. Ar-Rahnu Bank Rakyat
3. Ar-Rahnu Exchange 
4. Ar-Rahnu Yapeim
5. Ar-Rahnu Pos Malaysia
6. Ar-Rahnu Maidam Terengganu
7. Ar-Rahnu Koperasi
8. Ar-Rahnu Yayasan Perlis dan Johor

Pemberi pinjam atau Ar-Rahnu dipanggil "Murtahim".

Bagaimana Murtahim mendapat untung?

Keuntungan mereka adalah dari:
1. upah simpan 
2. hasil jualan barang yang tidak ditebus oleh pemajak yang disebut "Raahin".

Apa yang kita perlu tahu sebelum menggadai emas:
1. Berat emas (rujuk resit pembelian)
2. Kualiti/gred emas (rujuk resit dan pada barang itu sendiri) 
3. Harga emas semasa

4. Peratus pinjaman yang dibenarkan (biasanya antara 50% -75%)
5. Kadar upah simpan setiap Ar-Rahnu.

Tips menggadai barang kemas.
1. Pilih Ar-Rahnu yang paling tinggi nilai pinjamannya
2. Pilih Ar-Rahnu dengan upah simpan yang rendah
3. Pilih untuk memajak emas berkualiti tinggi seperti 999 dan 916
4. Memajak barang kemas terpakai adalah cara yang sangat bijak
5. Cari Ar-Rahnu yang mengemas kini harga pada setiap hari
6. Cari Ar-Rahnu yang dekat dengan lokasi anda dan kalau boleh tempat yang tidak ramai pelanggan
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

APLIKASI SIMPANAN EMAS UNTUK MEMBIAYAI CUKAI JALAN KERETA


Sedikit informasi bagaimana dinar emas boleh membantu mengurangkan beban keluarga:

Contoh:

Cukai jalan kereta anda akan tamat tempoh pada 27 Mac 2016.

Jumlah untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans adalah sebanyak RM1,000.

Bagaimana dengan memiliki dinar emas boleh membantu?

Dalam tempoh 7 bulan dari bulan September 2015 - Mac 2016, anda masih boleh mengumpul sekurang-kurangnya 7 keping 1/4 dinar emas.

Modal:

7 keping 1/4 dinar emas x RM210 = RM1,470.

Ar-Rahnu Pos Malaysia akan menilai dinar emas anda mengikut harga emas dunia pada Mac 2016. Contoh ketika itu nilaian semasa dinar emas adalah RM1,500.

Ar-Rahnu akan memberikan anda pinjaman sebanyak 75% dari nilaian semasa dinar emas.

RM1,500 x 75% ÷ 100 = RM1,125.

Anda akan dapat tunai sebanyak rm 1,125 untuk membiayai cukai jalan dan insuran selama 1 tahun.

Dalam tempoh 6 bulan, anda hanya perlu mengumpul duit tabung lebih kurang sebanyak RM190 untuk menebus semula 7 keping 1/4 dinar emas anda tadi dan setelah anda mendapat semula dinar emas anda tadi, anda boleh terus mengumpul dana atau aset dinar emas yang lebih besar sama ada 1 dinar atau 2 dinar pada setiap bulan.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

DEFINISI INFLASI


Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya.

Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak.

Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang.

Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.


Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

sumber: Wikipedia
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

BANK DAN PINJAMAN


Pinjaman adalah produk bank yang popular. Jika bank mempunyai produk pinjaman emas, bukan bank sahaja yang untung tetapi kita juga untung. 

Tidak seperti sekarang, bank memberi pinjaman kepada kita dalam bentuk wang kertas. Bank berselindung di sebalik wang tunai dan faedah. Kita rugi kerana ada faedah dan bank yang mendapat keuntungan daripada faedah yang dikenakan ke atas pinjaman yang kita buat. 

Mengapa dalam transaksi pinjaman emas, kita dan bank yang untung?


Kita buat pinjaman. Bank luluskan permohonan dan kita dapat emas. Bank tidak perlu letak faedah kepada pinjaman kita. Nilai emas itu yang telah menguntungkan bank.


Contoh: 
Kita buat pinjaman 10 gram, kita pulangkan juga 10 gram kepada bank. Tempoh bayaran balik adalah 1 tahun. Harga emas 10 gram akan meningkat, tidak sama harganya pada 1 tahun sebelumnya. 

Tetapi untuk mengharapkan bank mempunyai produk pinjaman emas, pastinya mustahil. Kita yang perlu memulakan langkah pertama untuk menukar wang kertas kepada emas. Ini sebagai satu usaha untuk mengurangkan penggunaan wang kertas serta untuk mengembalikan mata wang sebenar ke dalam institusi kewangan dunia.

-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

NILAI EMAS


BETULKAH NILAI EMAS AKAN MENJADI SEPERTI 1SEN JIKA RAMAI/SEMUA ORANG MENYIMPAN EMAS?

JAWAPAN:


1. Dinar (syiling emas) merupakan mata wang terbaik dunia selain Dirham (syiling perak) dan ia diakui di dalam Al-Quran.

2. EmasS merupakan logam yang boleh dijadikan mata wang dan tiada nilai melekat (intrinsic value) seperti mata wang bukan logam/wang fiat yang mana ada susut nilainya.

3. Emas merupakan hasil galian yang akan berkurangan dan nilainya ditentukan oleh permintaan dan penawaran (
supply and demand) bukan seperti wang fiat yang nilainya ditentukan oleh ekonomi semasa ataupun polisi sesebuah kerajaan.

4. Emas 1 gram akan kekal 1 gram walaupun nilainya mungkin akan turun tetapi kita kena ingat nilai emas tidak akan jatuh dari nilai yang kita beli sekarang ini atau lebih parah lagi tiada nilainya seperti duit 1sen.

5. Emas jika dibawa ke negara mana sekalipun di dunia ini nilai dan beratnya tetap sama tidak seperti wang fiat yang mana semakin jatuh nilainya di mata dunia.

6. Emas kalis inflasi dan yang paling penting emas masih bernilai sekiranya negara kita dilanda kegawatan ekonomi tak seperti wang fiat yang nilainya akan turut jatuh sekiranya negara kita dilanda kegawatan ekonomi yang mana nilai RM100 hari ini tidak akan sama dengan RM100 akan datang.

-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.
 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri