Ahad, 6 Disember 2015

UJIAN KETULENAN EMAS


Menguji ketulenan emas merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum membeli emas, terutamanya jika anda ingin membeli emas terpakai. Terdapat 3 cara yang biasa digunakan untuk menilai ketulenan emas.

UJIAN MENGGUNAKAN DENSIMETER
Densimeter merupakan sebuah mesin yang digunakan  untuk menguji ketumpatan. Ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan emas kerana ia hanyalah untuk menguji ketumpatan sahaja dan bukan menguji ketulenan emas tersebut. Mesin ini juga boleh menguji bahan selain emas. Prinsip asas densimeter adalah mengukur ketumpatan, di mana ketumpatan emas tulen pada suhu bilik ialah 19.3g/cm3.

Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Namun, kaedah ini hanya dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yang mengganggu bacaan.

UJIAN ASID
Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah.
Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri daripada 3 bahan:
1) Asid 1 - digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya.
2) Asid 2 - menentukan kualiti emas.
3) Batu menguji emas atau dikenali sebagai batu hitam.
Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barangan perhiasan. Permukaan barangan emas digosok pada batu hitam akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid. Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti.

UJIAN FIZIKAL
Di antara ujian fizikal menguji ketulenan emas yang boleh dilakukan ialah:

1) Ujian kepanasan
Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.

2) Ujian kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain. Cuba gigit gold bar atau dinar; atau pulas barang kemas tapi jangan kuat sangat, takut patah.

3) Warna dan berat
Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah tembaga, perak, timah putih dan nikel. Di samping menimbulkan kekuatan emas yang berbeza-beza, logam lain juga dicampurkan untuk mendapatkan warna yang diinginkan iaitu :
A) Emas merah – emas murni dicampur tembaga.
B) Emas kuning – emas murni dicampur perak.
C) Emas putih - emas dicampur dengan timah atau nikel.

4) Ujian kemagnetan
Emas tulen tiada tarikan kuasa magnet.

-------

Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri