Isnin, 7 Disember 2015

RAHSIA USAHAWAN EMAS


Perhatian kepada dealer, pengedar serta penjual emas. Seorang usahawan emas jutawan ingin membongkarkan rahsia.

Bagaimana beliau menjual emas bernilai jutaaan ringgit setiap tahun, tanpa kedai, tanpa pekerja dan hanya secara part-time!

Assalaamua'laikum dan salam sejahtera,

Kepada sahabat usahawan emas dan juga bakal usahawan emas.

Empat tahun lalu, saya hanyalah seorang lelaki biasa yang bekerja makan gaji sebagai seorang kakitangan awam di sebuah pusat pengajian tinggi. Alhamdulillah, dari pekerjaan tersebut dapatlah saya menampung kehidupan keluarga saya dan membuat sedikit simpanan. Nak kata banyak simpanan itu, tidaklah banyak. Tetapi cukuplah untuk menampung hal-hal kecemasan jika berlaku.

Saya sememangnya seronok dan gembira dengan pekerjaan saya. Rakan-rakan sekerja yang sekepala dan mempunyai bos yang sangat memahami menjadikan tempat kerja saya sebagai satu tempat yang enjoy untuk saya datang dan terus bekerja setiap hari.

Tetapi, satu perkara yang menjadi kerisauan saya ialah tentang duit simpanan saya. Maklumlah dari sehari ke sehari, kos sara hidup semakin meningkat. Harga minyak naik, harga barang-barang keperluan naik, harga yuran astro pun naik. Boleh kata semua benda lah naik harga. Yang tak naik-naik, cuma gaji sahaja.

Perkara ini menjadikan nilai wang yang saya miliki terasa semakin kecil dari sehari ke sehari. Jika tidak ditangani dengan segera, kemungkinan besar, wang simpanan yang saya miliki juga akan habis dan menyusut nilainya.

Suatu hari, saya terbaca tentang emas yang mempunyai kelebihan di dalam melawan inflasi. Saya pasti, anda juga sudah mendengar tentang hal ini.


Di zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing, hanyalah 1 dinar, dan pada zaman kini, ianya masih lagi sama. Harga seekor kambing masih juga 1 dinar, iaitu sekitar RM700 seekor.

Ditambah lagi dengan fakta bahawa emas adalah merupakan mata wang yang diguna pakai oleh masyarakat Islam suatu waktu dulu dan juga, ada disebut di dalam al-Quran bahawa emas adalah logam yang berharga.

Maka, ianya meyakinkan saya untuk menukarkan wang simpanan saya ke dalam bentuk emas.

Dipendekkan cerita saya pun menukarkan sebahagian dari wang simpanan saya kepada emas dengan membeli emas keluaran Public Gold.

Pada mulanya, saya hanya ingin membuat pelaburan emas sahaja.. iaitu sekadar beli emas dan simpan. Tetapi, disebabkan saya telah membeli emas dalam jumlah yang agak besar, ianya melayakkan saya untuk menjadi salah seorang dealer bagi syarikat Public Gold.

Jadi, saya pun terfikir, "Mengapa tidak?... alang-alang sudah membeli emas, mengapa tidak saya jual ia sekali? Boleh juga tambah duit poket! :)

Jadi, saya pun mula bercerita kepada rakan-rakan dan orang-orang terdekat tentang kelebihan pelaburan emas ini. Alhamdullillah , apabila saya bercakap tentang pelaburan emas ini, ramai rakan-rakan yang memberikan feedback yang positif dan berminat mengenainya. Jadi ada yang menjadi pelanggan dan ada juga yang terus mendaftar sebagai dealer juga.

Lama-kelamaan, semakin ramai yang bertanya kepada saya tentang pelaburan emas ini, dan kadang-kadang, ianya membuatkan saya berasa letih untuk menjawabnya berulang-ulangkali soalan yang sama pada orang yang berbeza. Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, saya terfikir, untuk membuat website khas yang bercerita tentang pelaburan emas. Selain dapat memudahkan saya untuk tidak menjawab perkara yang sama berulangkali, ianya juga dapat membantu saya meluaskan lagi pasaran saya.

Jadi, wujdulah website www.emaskini.com yang dikendailkan oleh saya secara sambilan.

Seronok Menjual Emas!

Alhamdulillah... semenjak saya menjual emas ini, kehidupan saya bertambah baik. Selain wang simpanan saya semakin meningkat. Saya juga berpeluang melancong ke luar negara hasil insentif yang diberikan oleh pihak Public Gold bagi dealer yang berjaya membuat jualan melebihi RM2,000,000

Disebabkan kejayaan ini, ramai juga yang bertanya kepada saya bagaimana saya melakukannya. Jadi, saya terfikir, ada baiknya juga saya tulis sebuah ebook. Mungkin ianya akan dapat membantu pengedar-pengedar serta serta penjual emas yang lain untuk turut mendapatkan hasil yang lumayan di dalam perniagaan emas mereka.

-------

Beli dan download e-book Rahsia Usahawan Emas ini sekarang juga!

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri