Khamis, 10 Disember 2015

MENGENALI AR-RAHNU


Menyimpan emas dalam jangka masa panjang adalah menguntungkan. Namun agak berisiko iaitu hilang kerana terlupa letak mana atau kecurian. Jadi, salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar-Rahnu; dan kalau kena dengan tekniknya, anda akan mendapat pendapatan pasif.

Konsep Ar-Rahnu sebenarnya sama dengan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank. Cuma bezanya, bila kita menggadaikan sesuatu, kita akan lebih berjimat-cermat menggunakan duit pinjaman tersebut.

Ar-Rahnu (kedai pajak gadai islam) asalnya dari perkataan "Rahn" yang bermaksud Gadai.

Dalam sistem Ar-Rahnu, kita cuma boleh meminjam kira-kira 70% daripada nilai semasa emas kita.

Kelebihan Ar-Rahnu.
1. Bebas riba. 

2. Emas yang disimpan selamat
3. Caj perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa menimbang. Kalau kedai emas bukan Islam, kemungkinan ditipu itu tinggi.
5. Tempoh bayar balik yang lama iaitu 6 bulan dan boleh dilanjutkan lagi dengan syarat perlu membayar upah simpan.
6. Kalau emas tersebut tidak ditebus, pihak Ar-Rahnu akan melelong. Notis pemberitahuan lelong akan diberi kepada tuan emas terlebih dahulu.
7. Ar-Rahnu cuma ambil jumlah hutang dan upah simpan daripada hasil lelong tersebut. Jumlah selebihnya akan dipulangkan kepada pemilik emas tersebut.

Ar-Rahnu adalah sistem pinjaman bebas riba.

Antara Ar-Rahnu yang ada di Malaysia:
1. Ar-Rahnu Agrobank

2. Ar-Rahnu Bank Rakyat
3. Ar-Rahnu Exchange 
4. Ar-Rahnu Yapeim
5. Ar-Rahnu Pos Malaysia
6. Ar-Rahnu Maidam Terengganu
7. Ar-Rahnu Koperasi
8. Ar-Rahnu Yayasan Perlis dan Johor

Pemberi pinjam atau Ar-Rahnu dipanggil "Murtahim".

Bagaimana Murtahim mendapat untung?

Keuntungan mereka adalah dari:
1. upah simpan 
2. hasil jualan barang yang tidak ditebus oleh pemajak yang disebut "Raahin".

Apa yang kita perlu tahu sebelum menggadai emas:
1. Berat emas (rujuk resit pembelian)
2. Kualiti/gred emas (rujuk resit dan pada barang itu sendiri) 
3. Harga emas semasa

4. Peratus pinjaman yang dibenarkan (biasanya antara 50% -75%)
5. Kadar upah simpan setiap Ar-Rahnu.

Tips menggadai barang kemas.
1. Pilih Ar-Rahnu yang paling tinggi nilai pinjamannya
2. Pilih Ar-Rahnu dengan upah simpan yang rendah
3. Pilih untuk memajak emas berkualiti tinggi seperti 999 dan 916
4. Memajak barang kemas terpakai adalah cara yang sangat bijak
5. Cari Ar-Rahnu yang mengemas kini harga pada setiap hari
6. Cari Ar-Rahnu yang dekat dengan lokasi anda dan kalau boleh tempat yang tidak ramai pelanggan
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri