Khamis, 17 Disember 2015

MANIPULASI SISTEM KEWANGAN OLEH BANK


Ramai sebenarnya yang tahu kisah sebenar penutupan bank di Greece.

Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini. Biar saya yang beritahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.

Raja kepada sistem pemusnah dunia – FRS.

Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem bagaimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit.

Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan kepada 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods); tetapi duit kita pada hari ini tak kiralah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan kepada apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.

Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan perkhidmatan dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham?

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama menghapuskan sistem ini.

Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar di sekolah dan di university. Bahkan orang-orang besar bank pun kebanyakannya tidak tahu sistem ini.

Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Anda bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya.

Ikut turutan nombor yang disediakan;

1. Yusri ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Yusri telah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Yusri di dalam simpanan bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan.

2. Belle membuat pinjaman peribadi daripada bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam simpanan bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan.

3. Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada Azlina dan Azlan. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

4. Jika diperhatikan dengan teliti (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Yusri masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Yusri , duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit daripada RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar.

5. Beginilah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda. Itu kalau saya berhenti sampai Azlan sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat tambahan duit daripada deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan inilah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit di pasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Ya, bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat pinjaman dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini.

Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah.

Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak; kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari bank?

Ingat, semasa zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.


Wang itu ilusi.
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri