Isnin, 7 Disember 2015

KISAH SI TUKANG EMAS



Pada suatu masa dahulu, hampir setiap benda boleh digunakan sebagai wang dalam transaksi jual beli harian. Apa yang diperlukan hanyalah keyakinan daripada orang lain bahawa barang yang anda miliki itu dapat ditukar kepada barangan lain yang mempunyai nilai sebenar seperti makanan, pakaian atau tempat tinggal. Transaksi tukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai 'sistem barter'.

Setelah beberapa lama kemudian, masyarakat mula menggunakan emas dan perak sebagai wang bagi menggantikan sistem barter. Tukang emas mula meleburkan emas dan perak untuk dijadikan wang dan berat emas sebagai wang diseragamkan dan ketulenan sesuatu emas itu juga disahkan. Bagi tujuan keselamatan, tukang emas melindungi emas yang dimilikinya di dalam peti keselamatan.

Apabila masyarakat mengetahui mengenai kewujudan peti keselamatan yang dimiliki oleh tukang emas tadi, mereka pun meminta khidmat tukang emas tersebut untuk menyimpan wang emas dan barangan berharga mereka di dalam peti keselamatan tersebut. Tukang emas pun mula menyediakan khidmat sewaan peti keselamatan untuk mendapatkan sedikit keuntungan. 

Kemudian, tukang emas mendapati bahawa pendeposit peti keselamatannya jarang mengeluarkan emas yang mereka simpan dan kesemua pendeposit tidak pernah mengeluarkan emas mereka serentak pada satu masa.

Ini kerana, sijil emas dan perak yang dikeluarkan tukang emas sebagai ganti barangan emas yang disimpan pendeposit-pendeposit peti keselamatannya telah diterima sebagai ganti wang emas dan perak di dalam transaksi urus niaga harian masyarakat seolah-olah sijil emas dan perak itu adalah wang emas dan perak yang sebenar. Hal ini disebabkan sijil emas dan perak adalah mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana berbanding wang emas dan perak yang berat dan mudah terdedah kepada risiko kecurian atau hilang. Nilai emas dan perak yang disimpan pendeposit di dalam peti keselamatan juga dapat ditulis dengan mudah di atas sijil emas dan perak ini berbanding wang emas dan perak yang perlu dikira satu-persatu.

Tukang emas tadi mula memikirkan satu cara untuk memperolehi sumber pendapatan lain daripada aktviti menyewakan peti keselamatan beliau kepada masyarakat. Beliau pun mula meminjamkan emas yang disimpan di dalam peti keselamatan beliau dalam bentuk sijil emas dan perak dan mendapat keuntungan melalui faedah yang dikenakan ke atas peminjam. Masyarakat pula menerima baik skim pinjaman dalam bentuk sijil emas dan perak ini berbanding emas dan perak fizikal sesuai dengan perkembangan aktiviti perniagaan dan perdagangan pada masa itu.

Selama beberapa tahun, tukang emas mendapat pendapatan yang lumayan daripada faedah yang dikenakan ke atas pendeposit melalui aktiviti pemberian pinjaman sijil emas dan perak ini dan beliau pun menjadi lebih kaya daripada orang lain.

Inilah kisah ringkas bagaimana bank mula diwujudkan satu ketika dahulu. Menarik bagaimana bank boleh memberi pinjaman hanya dengan menulis satu nilai di atas sijil emas dan perak dan mendapat keuntungan yang tinggi bukan daripada aktiviti pemberian pinjaman, tetapi daripada faedah yang dikenakan ke atas pinjaman yang diberikan.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri