Selasa, 8 Disember 2015

DINAR EMAS: PERNIAGAAN ALAF BARU - IRFAN KHAIRI


(diterbitkan semula tanpa kebenaran)

Seperti yang kita sedia maklum, mutakhir ini perniagaan yang paling hangat diperkatakan masakini adalah perniagaan Dinar Emas. Ini kerana Dinar emas merupakan matawang Islam yang cukup berharga dan telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Islam TANPA kejatuhan nilai matawang itu sendiri.

Beratnya Dinar emas ini adalah kira-kira 4.25 gram iaitu sama beratnya dengan 72 gandum yang dipotong hujung dan pangkalnya. Warna kuning disebalik Dinar emas itu pula adalah hasil campuran gold, silver dan copper.

Dinar emas digunakan sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi dan kemudian diperluaskan oleh Khulafa Al-Rasyidin pada zaman pemerintahannya sehingga ke Afrika Utara, Andalusia, Bukhara, Delhi dan seterusnya ke Asia Tenggara.

Oleh kerana Dinar Emas amat terkenal pada zaman Rasulullah s.a.w, maka tidak hairanlah apabila kini ianya kembali diperkenalkan semula di negara kita.

Mengenai perkataan ‘Dinar’ juga, di dalam al-Quran ada menyebutkannya melalui surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud :
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.” 

Memandangkan emas mempunyai nilai yang amat tinggi maka Dinar emas adalah perniagaan  yang paling baik untuk diperluaskan lagi kerana ia mempunyai kedudukan yang sangat stabil serta mempunyai nilai yang hebat.

Di samping itu, kesukaran untuk mendapatkannya juga memainkan peranan penting membuatkan Dinar emas begitu berharga dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Selain dari itu, Dinar emas juga tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapa pun atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab kerana nilainya tidak akan berubah dan begitu stabil. Rupa bentuknya yang kecil dan padat membuatkan Dinar emas sangat mencukupi untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana sekalipun. Dinar juga merupakan kayu pengukur untuk pengeluaran zakat. Itulah salah satu kelebihan yang ada pada Dinar emas.

Dinar emas juga tidak boleh dicetak sesuka hati dan sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Ini menyebabkan nilainya tidak mungkin akan jatuh sebagaimana nilai wang kertas yang ada pada masa kini.

Disebabkan Dinar emas adalah perniagaan yang paling unggul maka pelaburan jangka panjang yang paling baik ialah dengan menyimpan segala aset dan harta kekayaan dalam bentuk Dinar emas kerana ia adalah kaedah yang paling baik dan bagus untuk pelaburan dan perniagaan yang lebih efektif dan bermanfaat.

Dinar emas juga dapat mengelakkan penipuan dan manipulasi mata wang asing agar tidak disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan penipuan. Ia juga melatih para peniaga agar bersikap jujur dan amanah dalam urusan jual beli dalam mentadbirkan perniagaan yang dijalankan.

TIPS:
1. Kejujuran dalam apa jua yang dilakukan akan diberkati dan mendapat redha Allah.
2. Amanah, punca segala kebaikan dan berpanjangannya jalinan ukhuwah Islamiah.
3. Melalui perniagaan Dinar emas ia boleh merapatkan lagi hubungan sesama insan dengan adanya proses akad dalam jual beli barangan yang ingin dimiliki.
4. Dengan adanya Dinar emas juga kita boleh memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan mengeluarkan sedekah serta membayar zakat.

Baca artikel asal dari laman web Irfan Khairi: Bahagian 1 dan Bahagian 2.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri