Jumaat, 18 Disember 2015

DINAR VS GOLD BAR


DINAR

Kelebihan dinar: 
1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kahwin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan/pelaburan

Lain-lain tentang dinar:

Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard dinar ialah 4.25 gram tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat yang berbeza. 

Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan yang lebih tinggi.

Ada tempat pajakan atau Ar-Rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

GOLD BAR

Kelebihan gold bar:
1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas, dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain tentang gold bar:

Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua. 

Sebagai contoh:
Katakan harga pasaran ialah RM200/gram,
Maka, harga 10 gram = RM2000 dan 100 gram = RM20000.

Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat.

Contoh : RM1800 untuk 10 gram dan RM16500 untuk 100 gram

Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.

Bayangkan sekeping jongkong 1 kilogram (1000 gram), hendak dipotong kecil menjadi 1 gram, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!

Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1 gram lebih mahal. Namun, harga gold bar saiz kecil seperti gold bar 1 gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri