Isnin, 7 Disember 2015

DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK: ISLAM DAN MASA DEPAN WANG - SYEIKH IMRAN N. HOSEIN



Syeikh Imran di dalam buku ini berkata bahawa beliau telah berjaya membuka mata dan juga meyakinkan beberapa sarjana Islam untuk meninggalkan pendapat yang bahaya dan salah yang telah diterima mengenai hukum halal wang kertas yag kita gunakan pada hari ini, dan beliau sebaliknya telah membuat pengisytiharan umum bahawa wang kertas adalah palsu, penipu dan haram, dan ianya berfungsi sebagai jentera untuk rompakan "halal" kekayaan dan penat-lelah kebanyakan manusia di seluruh dunia.

Pada hari ini, wang elektronik telah menggantikan kesemua transaksi wang kertas kecuali transaksi kewangan mikro yang melibatkan nilai jual beli yang kecil.

Wang yang mempunyai nilai tersimpan di dalamnya telah pun lenyap dari sistem kewangan yang digunakan di seluruh dunia pada hari ini. Umat Islam di seluruh dunia juga bersalah kerana telah meninggalkan wang yang dengan jelas diseut di dalam al-Quran itu sendiri yang mana ianya mempunyai nilainya juga di Akhirat. Umat Islam telah pun membayar harga yang amat besar kerana telah meninggalkan 'wang suci' itu dan sebaliknya menerima sebagai ganti sesuatu yag penuh penipuan sebagai medium pertukaran iaitu dalam bentuk 'wang sekular'.

Hadis Rasulullah yang berbunyi:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam. (Apabila urus niaga sebegini) barangan yang sama, pembayaran harus dibuat serta-merta, jadi jika sesiapa memberi atau meminta lebih, dia telah berurusan dengan riba, yang menerima dan memberi kedua-duanya sama bersalah.
(riwayat Muslim)

Hadis di atas dengan jelas menyatakan:
1. Wang di dalam Islam adalah sama ada logam berharga seperti emas dan perak atau barangan komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam yang mana merupakan barangan makanan harian tetapi mempunyai tarikh luput.
2. Apabila emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam digunakan sebagai wang, nilai wang tersebut terletak "di dalam" wang tersebut dan bukan "di luar". Jadi, hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa wang di dalam Islam itu adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang tersirat di dalamnya.
3. Wang sentiasa terletak di antara komoditi ciptaan Allah dengan nilai diberikan kepadanya oleh Allah sendiri.

Kesimpulannya, wang di dalam Islam adalah:
1. Logam bernilai atau barangan komoditi lain.
2. Wang yang mempunyai nilai di dalamnya.
3. Wang yang dicipta oleh Allah dengan nilai di dalamnya yang diberikan oleh Allah sendiri sebagai Pencipta kekayaan.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri