Ahad, 6 Disember 2015

APLIKASI SIMPANAN EMAS SEBAGAI PELINDUNG NILAI BARANGAN KEPERLUAN


Awie, 27 tahun, bujang. Awie ni jenis orang yang suka beli emas terlebih dahulu sebelum dia beli sesuatu barang.

Lepas Awie berkahwin dengan kekasih hatinya, dia berhajat nak beli peti ais untuk rumah baru mereka. Maka, Awie pun pajakkan emas yang dia ada di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman wang untuk beli peti ais. Lepas selesai beli peti ais, dia pun slow-slow tebus semula emas dia di Ar-Rahnu sampailah dapat balik emas dia tadi.

Nak dijadikan cerita, selepas 5 tahun peti ais tu rosak. Nak dijual takut tak laku. Kalau tolak kat besi buruk pun dapat RM50 lah kot. Padahal Awie beli peti ais tadi pada harga RM1,000.

Jadi, macam mana emas yang Awie beli tadi boleh jadi pelindung harta dan penyelamat keadaan?
Awie beli emas terlebih dahulu kerana tahu trend harga emas makin lama, makin naik.

Awie sedar kalau dia terus beli peti ais tanpa membeli emas terlebih dahulu, duit dia akan habis terus pada peti ais tanpa sebarang sandaran pada emas.

Dalam masa 5 tahun, harga emas Awie tadi mungkin dah naik 50% daripada harga semasa dibeli. Jadi, selepas selesai ditebus semula dari ar-Rahnu, Awie boleh pajak semula untuk dapatkan wang tunai dan beli peti ais baru.

Itulah kepentingan membeli emas sebelum membeli barang-barang keperluan rumah lain supaya setiap barang tersebut dapat disandarkan nilainya pada emas dan emas tersebut dapat digunakan untuk menggantikan barang-barang yang perlu diganti baru.
Kesimpulannya, untung atau rugi beli emas ni?
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan ‪#‎PowerGold‬ melalui kempen ‪#‎1Bulan1Gram‬. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri