Jumaat, 11 Disember 2015

9 TIPS PENTING PAJAK EMAS DI AR-RAHNU


Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan ‘passive income’ sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.

Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:

PILIH MASA YANG PALING SESUAI

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila:
1. Harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8%-10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau 
2. Hendak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenal pasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas itu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman Ar-Rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

PAJAK MENGIKUT MODAL DIPERLUKAN SAHAJA

Margin pinjaman Ar-Rahnu biasanya sekitar 65%-70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos upah simpan yang tak sepatutnya.

SATU EMAS, SATU SURAT PAJAK

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!

Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2-3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai Ar-Rahnu perlu isi dan proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

SURVEY UPAH SIMPAN PALING RENDAH

Setiap Ar-Rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu Ar-Rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana Ar-Rahnu terbaik sebab polisi setiap Ar-Rahnu sentiasa berubah-ubah.

ASINGKAN DUIT UNTUK CAJ PAJAKAN

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel ‘Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu’, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu sahaja untuk bayar upah dan perbaharui surat pajak terutamanya bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi Ar-Rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

TEBUS EMAS SECEPAT MUNGKIN

Biasanya Ar-Rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urus niaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah selesai, terus tebus dan caj upah simpan dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos upah simpan yang tak sepatutnya.

 JANGAN PAJAK EMAS BERSEAL

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai ‘used gold’ dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.

Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal - tak sesuai dipajak.

Public Gold dah buat perjanjian dengan Pejabat Pos jadi emas Public Gold yg berseal akan diterima di Ar-Rahnu pejabat pos tanpa dibuka sealnya.

JANGAN BELI EMAS CARA AR-RAHNU 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara Ar-Rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman Ar-Rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.

Tips Facebook: Pelaburan Emas Public Gold

Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan saja dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu pelan penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Mangsa: Serambi Emas

 JAGA NAMA BAIK DALAM REKOD CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun Ar-Rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman Ar-Rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan muncul sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!  Jadi, pinjaman di Ar-Rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggalkan rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat pinjaman baru dengan bank lain, terangkan awal-awal pada pegawai bertugas sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

AMBIL GAMBAR EMAS SEBELUM PAJAK (TIPS BONUS)

Saya syorkan ambil gambar setiap emas tu sebelum masuk Ar-Rahnu. Kalau anda tak mampu tebus balik emas tu, anda masih ada jalan terakhir sebelum emas tu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama anda tak disenaraihitam.

Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok gambar emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau rekaannya kena dengan citarasa, baru mereka sanggup beli. Bila anda ada gambar emas tu, senang untuk anda promosikan untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!

Jadi, itulah 10 tips penting sebelum anda memajak emas di Ar-Rahnu. Rancang betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak saja sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan ‘teknik Ar-Rahnu’ gara-gara nak ‘untung secupak’, tapi akhir sekali terpaksa rugi ‘segantang’!
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri