Sabtu, 19 Disember 2015

7 PANTANG-LARANG DALAM MENABUNG EMAS


Jangan malas. Bila dah tahu kepentingan emas, jangan malas untuk cari lagi ilmu emas.

Jangan pajak/gadai sebarangan. Hanya pajak/gadaikan emas anda bila anda terdesak. Pajak/gadai bukan perniagaan.

Jangan gadai emas simpanan anda. Kita selalu dengar 'buy low, sell high'. Tapi bila kita dah gadai emas kita pada harga tertinggi, adakah kita akan dapat beli emas pada harga kita beli dulu?

Jangan simpan wang kertas. Tukarkan sedikit kepada emas selepas wang perbelanjaan diasingkan. Emas kalis inflasi dan tidak susut nilai.

Jangan tunggu harga rendah baru nak beli. Emas semakin mahal saban tahun.

Jangan menafikan dan menolak tentang mata wang Islam iaitu Dinar dan Dirham.

Jangan pentingkan diri sendri. Sebarkan maklumat dan kepentingan emas kepada orang ramai.


-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.


PELABURAN HARTANAH VS SIMPANAN EMAS


Pada awalnya saya tidak nafikan pelaburan hartanah seperti rumah memang memberikan keuntungan yang tinggi. Namun, ada sedikit kelemahan berbanding dengan simpanan emas, antaranya:

LOKASI
Perlu buat kajian terlebih dahulu di mana lokasi rumah itu sama ada strategik untuk dapat keuntungan atau tidak.

PEMANTAUAN
Agak susah untuk buat pemantauan rumah-rumah yang dibeli kerana berbeza jarak di antara setiap satu. Kalau tiada pemantauan, pelaburan hartanah berkemungkinan akan musnah atau terbazir.

MODAL
Dah tentu harga sebuah rumah bukan RM10. Contohnya RM200,000. Banyak tuu. Pada masa yang sama tiada pula orang jual rumah tu separuh-separuh macam jual ruang tamu dulu kemudian dapur ke; tetapi emas tidak.

SUSAH DICAIRKAN
Rumah tidak sama dengan emas. Nak jual rumah bukan boleh terus dapat dijual selagi tiada pembeli memandangkan kosnya yang tinggi. Namun kalau emas, bawa suku dinar ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu pun sudah boleh dipajak atau digadai.

KOS PENYELENGGARAAN

Nak selenggara rumah memerlukan kos yang tinggi dan bukan sedikit. Atap bocor, dinding retak, dll semua memerlukan kos yang besar; tetapi kalau emas, kita simpan sendiri. Tidak perlu nak selenggara apa pun. Paling tidak banyak hanyalah kos upah sekiranya disimpan di bank atau Ar-Rahnu.

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Jumaat, 18 Disember 2015

CASTING VS MINTED GOLD BAR


Tahukah anda?
Terdapat 2 jenis gold bar iaitu casting gold bar dan minted gold bar.

Yang macam biskut tu jenis casting. Di Powergold, gold bar yang dikeluarkan adalah jenis minted sebab itu ia cantik selain ia tidak dikenakan sebarang caj upah.

CASTING GOLD BAR
Bentuk kurang cantik, kurang menarik dan kos pembuatannya sangat rendah.
Proses pembuatannya: keluar relau, masuk dalam acuan, stamp nombor siri dan selesai.

MINTED GOLD BAR
Menjalani proses tambahan iaitu minting untuk mendapatkan bentuk yang cantik.
Pembungkusan di dalam kad plastik di mana semakin kecil gold bar itu, semakin mahal kos pembuatannya.


Sumber: Trustable Gold

-------

Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

DINAR VS GOLD BAR


DINAR

Kelebihan dinar: 
1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kahwin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan/pelaburan

Lain-lain tentang dinar:

Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar. Berat standard dinar ialah 4.25 gram tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat yang berbeza. 

Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan yang lebih tinggi.

Ada tempat pajakan atau Ar-Rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

GOLD BAR

Kelebihan gold bar:
1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas, dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain tentang gold bar:

Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua. 

Sebagai contoh:
Katakan harga pasaran ialah RM200/gram,
Maka, harga 10 gram = RM2000 dan 100 gram = RM20000.

Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat.

Contoh : RM1800 untuk 10 gram dan RM16500 untuk 100 gram

Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.

Bayangkan sekeping jongkong 1 kilogram (1000 gram), hendak dipotong kecil menjadi 1 gram, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!

Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1 gram lebih mahal. Namun, harga gold bar saiz kecil seperti gold bar 1 gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
-------
Mulakan simpanan emas anda serendah 0.5 gram hari ini dengan #PowerGold melalui kempen #1Bulan1Gram. Dapatkan emas anda dengan menghubungi hubungi talian berikut: 01115403082.

Khamis, 17 Disember 2015

MANIPULASI SISTEM KEWANGAN OLEH BANK


Ramai sebenarnya yang tahu kisah sebenar penutupan bank di Greece.

Media massa, cikgu, ahli politik dan juga orang bank tidak akan memberitahu anda perkara ini. Biar saya yang beritahu anda supaya anda membuka mata hati dan lebih celik melihat perkara sebenar yang berlaku di dunia yang telah dikaburi ini.

Raja kepada sistem pemusnah dunia – FRS.

Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem bagaimana perbankan di seluruh dunia mencipta duit.

Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan kepada 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods); tetapi duit kita pada hari ini tak kiralah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan kepada apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.

Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan perkhidmatan dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. Faham?

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama menghapuskan sistem ini.

Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar di sekolah dan di university. Bahkan orang-orang besar bank pun kebanyakannya tidak tahu sistem ini.

Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Anda bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya.

Ikut turutan nombor yang disediakan;

1. Yusri ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Yusri telah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Yusri di dalam simpanan bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan.

2. Belle membuat pinjaman peribadi daripada bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam simpanan bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan.

3. Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada Azlina dan Azlan. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

4. Jika diperhatikan dengan teliti (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Yusri masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Yusri , duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit daripada RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar.

5. Beginilah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda. Itu kalau saya berhenti sampai Azlan sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat tambahan duit daripada deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan inilah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit di pasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Ya, bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat pinjaman dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini.

Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah.

Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak; kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Dah tau kenapa sebenarnya rakyat Greece mengeluarkan wang mereka dari bank?

Ingat, semasa zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.


Wang itu ilusi.
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

EMAS VS WANG KERTAS



API
Kertas akan terbakar tapi emas tidak. Emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.

TANAH
Emas kalau tertanam dalam tanah beribu tahun pun takkan rosak tapi kertas? Siapa yang pernah tanam duit kertas dia tolong cerita sikit.


AIR
Kertas akan rosak kalau terendam dalam air tapi emas tidak.
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.

TIPS SIMPAN EMAS PADA SETIAP BULAN


Tips simpan emas:
Beli 1 keping 1/4 dinar pada setiap bulan.
Cukup 4 bulan, ada 4 keping 1/4 dinar.

Tukarkan 4 keping 1/4 dinar tadi kepada 1 keping 1 dinar.
Ulang proses sama.
Anda akan dapat kumpul 3 dinar pada setiap tahun.
Mudah kan?
-------
Mulakan simpanan emas anda SERENDAH 0.5 GRAM sekarang juga. Dapatkan segera emas pertama anda dengan menghubungi talian berikut: 01115403082.
 
© Copyright 2035 Empayar Ledang
Theme by Yusuf Fikri